Kata Aluan

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas keizinan dan rahmat oleh-Nya dalam memudahkan pihak Jihadbisnes Resources memasarkan dengan lebih giat lagi melalui wadah weblog ini satu lagi produk baru yang diusahakan sejak penubuhannya iaitu produk kegemaran ramai yang dijamin halal, maruku1ummah.

Menyahut seruan dan inspirasi jihad bisnes junjungan besar kita, Rasulullah Saw yang menyatakan 9/10 daripada sumber rezeki adalah melalui perniagaan menjadikan Jihadbisnes Resources beriltizam menjadikan produk maruku1ummah mampu berdaya saing, diminati ramai serta mampu menjana kepada peningkatan aspek sosioekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia seluruhnya menerusi gagasan '1 ummah'.

Adalah menjadi hasrat, doa dan harapan agar produk ini terus berada dengan lebih dekat di hati para pelanggan yang mengutamakan citarasa halal, mudah, lazat lagi menyelerakan.

Sebarang komen atau cadangan bagi menjadikan produk maruku1ummah terus maju jaya amatlah dialu-alukan demi merealisasikan matlamat hanya yang terbaik disediakan kepada para pelanggannya.

Sekian. Wassalam

Munaliza binti Meseran

Jihadbisnes Sinergi
emel: jihadbisnes09@gmail.com

0 comments:

About this blog

Kalendar Hijrah

Anda adalah Pengunjung Kehormat kami ke:


View My Stats

Marilah bersembang bisnes :)